saya ada hantar cerpen bertajuk JEH6447-SEBUAH GURINDAM GELORA ke PPD. cerpen ini adalah garapan pengalaman saya sebanyak 30%. selebihnya khayalan sendiri. JEH6447 tu memang kereta saya yang telah dijual kepada wakil proton. namun, proses jual beli tidak ada hitam putih menyebabkan pemilik baru kereta itu tidak membayar hutang kepada bank kerana kereta tersebut telah mengalami kemalangan dan tidak boleh digunakan lagi. akibatnya, nama saya telah disenarai hitam sebagai penghutang tegar dan akaun saya telah dibekukan. sebagai membalas dendam saya telah menghasilkan cerpen tersebut dengan menokok tambah cerita. itu adalah cerpen tema dewasa pertama yang mampu saya hasilkan. saya masih dalam tempoh percubaan. mungkin dan pasti banyak kelemahan. saya masih lagi belajar untuk terus maju dalam penulisan kreatif.
RUANG KESUMA JIWA
berikan aku ruang agar aku bisa melakar rupa dan bentuk yang terpendam di lubuk jiwa
Sunday, October 14, 2012
Monday, June 18, 2012
15 hingga 17 Jun 2012, telah diadakan bengkel penulisan kreatif dan non-kreatif di Muar Trade Centre. dalam bengkel ini aku berpeluang menemui SM Zakir, Pak AGI, Azmah Nordin, Noraini Eslah, Bapak Shapiai dan ramai lagi. Aku dapat mengenali gaya penulis-penulis lama dan baharu. Walau bagaimanapun aku merasa sangat kerdil bagai lukut kerana yang menghadiri bengkel tersebut adalah penulis-penulis yang berpengalaman dan bukunya telah diterbitkan dan berada di pasaran. Rasa malu dan segan itu bersarang di dalam dadaku. Namun, aku akan terus mencuba untuk menghasilkan karya sulung aku nanti. AKU BERJANJI!
Tuesday, May 22, 2012
19 Mei 2012 dengan perasaan gementar berbaur gembira, aku dijemput untuk mengambil hadiah pertandingan menulis cerpen peringkat daerah. Yang lebih menambahkan kebahagiaan aku ialah aku membawa bersama dua orang pelajar dalam pertandingan yang sama. pelajar-pelajar tersebut mendapat johan dan naib johan. Aku mengasingkan pelajar-pelajar ini di perpustakaan dan memberi mereka bahan rujukan. Satu hari santak dengan membaca dan menulis kemudian menaip. hasilnya....adalah sesuatu yang terindah dalam lipatan memori. aku pula dijemput untuk menghadiri majlis sambutan peringkat negeri Johor pada 24 Mei. Kerja menulis yang aku usahakan selama dua hari membuahkan hasil juga. walaupun hanya tempat ketiga, aku berasa puas kerana berjaya menghantar karya bagi menyemarakkan arena penulisan kreatif. selepas ini, aku ingin berkarya lagi dengan karya yang lebih bermutu. insya Allah....
Monday, May 14, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Sunday, May 30, 2010
TERIMA KASIH CIKGU
Suasana di dalam perut kapal terbang MAS sunyi dan senyap. Hanya kedengaran dengungan enjin membelah awan. Sesekali anak mataku menjeling ke luar tingkap. Tampak hanya kabus-kabus putih menyelimuti kebiruan angkasa nan luas.
“Excuse me sir, would you like some juice?” seorang paramugari datang menghampiriku sambil menghulurkan segelas jus oren.
“Thank you,” aku membalasnya sambil menyambut segelas jus oren yang dihulur.
“You are welcome,” jawabnya dan berlalu untuk melayan penumpang-penumpang yang lain. Sepuluh tahun aku telah meninggalkan tanah air. Aku menyambung pelajaran ke Kanada setelah mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia. Esok adalah 16 Mei. Hari yang aku tunggu-tunggu untuk mengucapkan ungkapan keramat terima kasih kepada seseorang yang aku sayangi, Ustazah Nuraisyah. Sengaja aku mengambil cuti sebulan semata-mata untuk melawat guru-guru dan alma-mater yang telah kutinggalkan. Aku ingin menghadiahkan kejayaan yang pernah kuperolehi sepanjang pengajianku di Kanada. Akulah satu-satunya anak Melayu yang mendapat keputusan paling cemerlang lima tahun berturut-turut. Aku juga telah ditawarkan jawatan sebagai arkitek di sebuah firma terkemuka di Kanada.
“Haniff, boleh saya jumpa awak waktu rehat nanti?” kata Ustazah Nuraisyah sewaktu menghampiriku. Aku mengangguk bersetuju sambil menghela nafas. Dalam fikiranku terbayang soalan-soalan yang bakal dilontarkan kepadaku.
Aku melangkah lambat menuju ke Pejabat Guru. Malas rasanya hendak menatap wajah Ustazah Nuraisyah selaku guru Tingkatan Tiga Dinamik. Aku mula memasuki ruang pejabat guru melewati beberapa orang guru yang sedang rancak berbual. Tanpa memberi salam dan keizinan masuk, aku melintasi kelompok guru tersebut. Aku berjalan dengan penuh bergaya menuju ke meja Ustazah Nuraisyah. Telingaku bingkas menangkap butir perbualan guru-guru yang sedang memerhatiku.
“Inilah budak yang bermasalah tu. Haniff Imran namanya. Datang sekolah pun malas. Tak disentuh pun buku-buku teks yang diberi.”
“Yalah. Kalau kita membebel, ada sahaja jawapannya. Tak ada tumpuan dalam kelas. Kadang-kadang tu tidur pula. Bila kita kejut suruh dia bangun, dimarahnya kita pula.”
“Minggu lepas saya nampak dia ponteng sekolah. Dia duduk di depan rumah neneknya sambil merokok. Bila dia nampak kita lewat depan rumahnya, lagi hebat gaya merokok yang dia tunjuk.”
“Hai, cepat-cepatlah berhenti sekolah. Datang pun buat sakit hati kita saja. Menghabiskan duit ibu bapa adalah. Tak pun suruh dia buat sekolah sendiri.”
Aku membiarkan sahaja sindiran itu menerjah ke telingaku. Aku memang bermasalah. Aku kerap ponteng sekolah. Kerap tidak membuat kerja sekolah yang diberi. Aku memang malas. Bila di rumah aku lebih selesa memetik gitar daripada memegang pen. Aku lebih asyik membaca majalah picisan daripada buku-buku sekolah. Nenek sudah betah memarahiku. Ada kalanya aku dihambur dengan perkataan yang keji. Anak bangsat tak sedar diri. Bangsatkah aku? Kejikah aku? Aku tak minta dilahirkan ibu tanpa nikah. Ibu sudah pergi melarikan diri. Ayah pula berkahwin dan tinggal di tempat lain. Ibu tiri tidak mahu menjagaku kerana aku sering menjadi pencetus perbalahan adik-beradik. Aku terpaksa memekakkan telinga umpat keji yang dihamburkan oleh nenek dan jiran tetangga. Kenapa hukuman itu dilemparkan kepadaku sedangkan yang membuat onarnya adalah ibu bapaku sendiri. Ibu meninggalkan ayah sewaktu umurku dua tahun. Dia tidak sanggup menerima sindiran-sindiran tajam nenek yang tidak menyukainya. Aku ditinggalkan dalam asuhan ayah dan nenek. Setelah ayah berkahwin, aku ditinggalkan dalam jagaan nenek.
Aku melabuhkan punggung di hadapan Ustazah Nuraisyah. Tanpa memberi salam aku bertanyakan kehendak Ustazah Nuraisyah ingin menemuiku.
“Haniff, sudah banyak kali awak tidak hadir ke sekolah. Saya telah semak kad 001 awak. Saya tahu latar belakang keluarga awak. Saya tahu siapa awak. Saya tidak mahu memaksa awak. Saya berharap awak menerima saya sebagai sebahagian daripada hidup awak,” panjang lebar Ustazah Nuraisyah memulakan perbualan.
“Cikgu, saya ni anak bangsat. Jadi buat apa saya nak belajar pandai-pandai jika orang lain tak menerima saya,” aku menjawab kasar.
“Haniff, dalam kes ini awak tak bersalah. Kenapa awak mesti menghukum diri-sendiri sedangkan kesilapan itu dibuat oleh orang lain? Jangan rosakkan masa depan sendiri semata-mata kerana marah dengan ibu dan bapa awak. Itu bukan hukuman tetapi balas dendam. Impaknya adalah sia-sia sahaja. Masa depan awak akan gelap. Waktu itu awak tidak boleh berpatah balik,” panjang lebar ustazah Nuraisyah menasihatiku. Lembut bicaranya menarik perhatianku. Kalaulah ibuku seperti ….ah…imposible.
“Haniff…. Awak dengarkah kata-kata saya?”
Cepat-cepat aku memandang wajahnya. Tampak seri dan matanya bersinar seolah-olah dia tidak pernah bermasalah. Mungkin berkat mengangkat wuduk dan bersolat menjadikan dia begitu tenang dan murah dengan senyuman.
“Saya tahu awak tidak punya ibu. Saya minta awak anggaplah saya sebagai ibu awak. Mungkin saya tak sebaik ibu awak tapi saya tetap mendengar segala masalah awak,” terang ustazah Nuraisyah lagi.
“Cikgu, selama saya hidup dalam dunia ini, saya hanya mendengar umpat keji orang lain terhadap saya. Saya dah cuba untuk berbuat baik tapi……. ,” aku menghela nafas.
“Dalam hidup saya cuma ada Comel. Comel tempat saya mengadu masalah dan kawan saya waktu kesunyian. Baru-baru ini nenek telah membuang Comel kerana muntah di atas lantai dapur. Sekarang ini saya rasa kecewa dan makan hati terhadap tindakan nenek. Perlukah saya berbuat baik? Kalau buat baik pun balasannya umpat dan keji, lebih baik saya teruskan kehidupan yang sedia ada,” aku menyoal dan memberi jawapan sendiri.
“Haniff, Maha Suci Allah yang menjadikan kita, tidak pernah melupakan hambanya. Allah menduga iman hambanya melalui ujian dan dugaan. Bahagia pasti datang setelah derita. Derita pasti ada dalam bahagia. Terpulang kepada kita untuk menerima kada’ dan kadar yang Allah beri. Hidup kita tidak lama. Kita tidak pasti bila Allah akan tarik nyawa kita. Sekurang-kurangnya biarlah kita mati saat kita sedang bahagia,” terang Ustazah Nuraisyah. Aku termenung memikirkan kata-kata Ustazah Nuraisyah. Senyumannya, pandangan bundarnya, ah….lembut dan tenangnya wajahmu. Kalau mencari calon isteri, biarlah kucari seperti perwatakan ustazah Nuraisyah!
“Hoi, asyiknya merokok! Saya datang pun awak tak sedar,” Aku terkejut setelah disergah oleh Cikgu Sulaiman. Serta-merta puntung rokok yang tinggal separuh kucampakkan. Asap yang tidak sempat dihembus kutelan menyebabkan aku terbatuk-batuk. Beberapa orang pengawas yang mengiringi Cikgu Sulaiman tersenyum menyindir. Ada yang ketawa kecil melihat gelegatku seperti cicak tertelan kapur.
“Celaka. Bila masa mamat ni sampai? Mampus aku!” getusku di dalam hati.
“Jom, ke bilik displin. Saya nak masukkan kesalahan awak dalam rekod. Kemudian nak beri hadiah sebanyak dua sebatan. Selepas itu, gantung sekolah dua minggu,” kata Cikgu Sulaiman. Ke bilik displin bermakna aku akan melewati pejabat guru. Ustazah Nuraisyah memandangku dengan pandangan yang kecewa. Kecewa dengan tindakanku. Kecewa kerana nasihatnya seperti mencurah air ke daun keladi. Ah…maafkan aku cikgu! Aku tak bermaksud demikian. Aku sedang memikirkan tentang nasihat yang cikgu beri. Aku cuba untuk berubah sikap dan menjadi pelajar yang baik.
Mukaku berkerut tatkala keluar dari bilik displin. Mana tidaknya, penangan rotan yang Cikgu Sulaiman hadiahkan benar-benar membuat punggungku berasap. Aku menggosok-gosok punggung supaya kesakitan akibat rotan berkurangan. Namun semakin aku gosok, semakin perit kurasakan. Akibat daripada kesalahan melanggar peraturan, aku digantung sekolah selama dua minggu.
Berada di rumah membuat nenek semakin baran terhadapku. Ada sahaja alasan untuk memarahiku. Aku terpaksa memekakkan telinga mendengar leteran-leteran nenek. Kalau aku ada di sekolah, tentu aku boleh mendengar nasihat Ustazah Nuraisyah. Dalam diam aku merindui Ustazah Nuraisyah. Aku mula membayangkan Ustazah Nuraisyah menjadi ibuku. Mendidik dan membelai dengan kata-kata manis. Sedang aku mengelamun, tiba-tiba ayah datang lalu melemparkan gitar ke arahku.
“Anak tak berguna. Bunga yang aku beri, tahi yang kau balas! Haram jadah! Mana aku nak letak muka ni. Aku sediakan duit supaya kau boleh belajar tapi apa yang kau dah buat!” Marah benar ayah terhadapku. Serentak dengan itu tangannya menerpa ke pipiku. Perit! Mata ayah merah menahan amarahnya. Dadanya turun naik. Aku meraba-raba pipiku, mengesat darah yang mengalir keluar melalui bibirku yang pecah bahana tamparan kuat ayah. Adik-adikku memandang jengkel. Ibu tiri pula menjeling dan menjuihkan bibirnya. Meluat dengan perangaiku yang tak sudah-sudah.
Petang itu sedang asyik termenung kosong di beranda rumah, aku terdengar suara memberi salam. Aku menyambut salam tersebut. Ah…. Ustazah Nuraisyah!
“Jemput naik cikgu. Nenek saya ada di dapur. Nanti saya panggilkan,” aku berasa sangat ceria dengan kehadiran Ustazah Nuraishah.
“Tak perlu susah-susah. Saya hanya singgah sebentar. Eh, kenapa dengan pipi awak?”
“Tak ada apa-apa cikgu. Saya terjatuh tadi.”
“Bukan jatuh cikgu, tapi kena tampar dengan ayahnya. Itulah kalau belajar pun malas, dah besar nanti jadi pencuri pula. Kecil-kecil tak nak mati, dah besar menyusahkan orang tua. Jemput masuk cikgu,” nenek menyampuk. Aku tak sedar bila masa nenek sampai. Aku sangat malu dan kecewa dengan kata-kata nenek. Ditambah pula di hadapan orang yang aku hormati. Ustazah Nuraisyah hanya tersenyum.
“Tak apalah mak cik. Saya datang hendak melihat Haniff. Haniff, ini ada buku yang saya bekalkan untuk awak. Saya harap awak sudi untuk membaca buku-buku tersebut sementara awak masih dalam hukuman. Saya tak sabar melihat awak di sekolah,” kata ustazah Nuraisyah sambil menghulurkan dua naskah buku kepadaku. Aku menyambutnya sambil mengucapkan terima kasih. Setelah Ustazah Nuraisyah meminta diri untuk pulang, aku terus menuju ke dalam bilik.
“Ha, tu tak ada lainlah selain membuta!” nenek menempelak terhadapku. Aku membiarkan sahaja. Telingaku sudah cair dengan kejian. Aku menghempaskan tubuhku ke atas tilam yang kusam sambil menatap tajuk-tajuk buku yang diberi. Panduan Anak Soleh dan Rahsia Mencapai Kejayaan Cemerlang Seperti Nur Amalina. Aku mula membuka helaian buku yang pertama. Entah mengapa aku tertarik untuk membaca buku tersebut. ilmu apa yang Ustazah Nuraisyah amalkan hingga aku tergerak untuk membuka buku tersebut walhal selama ini aku tidak pernah membuka mana-mana buku untuk dibaca.
Sedang asyik membaca, satu keratan kertas terjatuh di atas dadaku. Aku menatap tulisan yang tertera di atas kertas tersebut:
Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa-dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka memelihara aku semasa aku masih kecil lagi. Ya Allah, kau cucurilah rahmat ke atas mereka dan selamatkan mereka dari api neraka………………………………Amin..
BERSAMBUNG......

Friday, May 28, 2010
TINTA BICARA
YANG DIPERTUA PIBG SMK SIMPANG RENGAM
(TN HJ MOHAMAD BIN JALIL )
MESYUARAT AGUNG PIBG SMK SIMPANG RENGAM 2010
Bismillahhirahmanirrahim pembuka bicara,
Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam 1 Malaysia.
Alhamdulillah terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang untuk menyampaikan sepatah dua kata sempena Majlis Mesyuarat Agung PIBG keli ke 11 sesi 2010/2011. Sebagai Yang Dipertua PIBG, saya amat berterima kasih dan mengalu-alukan kehadiran tuan puan, ibu bapa dan guru-guru ke majlis ini demi kecemerlangan anak-anak yang kita kasihi.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan di dalam majlis ini menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap perkembangan pendidikan dan pembelajaran anak-anak. Di sinilah musyawarah bermula antara ibu bapa dan guru-guru. Segala sudut perspektif dan kemusykilan digarap dan dibincangkan serta diambil jalan penyelesaian untuk menjana perkembangan positif anak-anak kita dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada para guru dan ibu bapa di atas kejayaan cemerlangan anak-anak di dalam peperiksaan PMR dan SPM baru-baru ini. Kecemerlangan ini merupakan usaha gigih guru-guru yang inovatif dan pelajar-pelajar, didorong oleh sokongan ibu bapa dari segi moral dan wang ringgit. Namun demikian, kecemerlangan anak-anak bukanlah diukur dengan hebatnya mereka dalam bidang akademik semata-mata tetapi kecemerlangan menyeluruh yang merangkumi insan berilmu, mempunyai keperibadian serta akhlak mulia yang mampu menguasai ilmu tanpa meminggirkan dasar agama, akhlak dan budaya.
Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati,
Marcapada ini terdapat begitu banyak cabaran dalam pendidikan yang menuntut keiltizaman yang tinggi dalam kalangan guru-guru, ibu bapa bahkan pelajar itu sendiri. Kita semua perlu mengembleng tenaga bagi memastikan anak-anak kita tidak tercicir jauh dan tenggelam dalam arus kemodenan ICT sekarang. Pengaruh-pengaruh negatif anasir luar juga amat dibimbangi. Justeru itu, ibu bapa perlu memantau setiap pergerakan anak-anak agar mereka tidak terjebak dengan gejala hitam yang menakutkan.
Sebagai ibu bapa kepada generasi pelapis negara, kita perlu bersiap siaga melengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan agar dapat menangkis dan menampan anasir liar yang galak menggoda anak-anak kita yang masih lagi mentah jiwanya. Sebagai guru pula kita perlu bertanggunjawab menyampaikan ilmu dengan kreatif dan inovatif untuk melahirkan murid-murid yang berilmu dan berdaya saing bagi menghadapi cabaran dalam kehidupan. Anak-anak yang dikasihi akan teguh jiwa dan mindanya kerana mendapat bimbingan daripada kerjasama antara ibu bapa dan guru-guru.
Hadirin yang dimuliakan,
Anak-anak kita adalah permata yang perlu dijaga agar tidak pudar warnanya. Tanpa mengira warna kulit dan bangsa, kita perlu bersama-sama menanam semangat muhibbah ke dalam jiwa anak-anak kita supaya mereka terdidik dalam suasana yang harmoni, saling bekerjasama dan bertolak ansur. Dalam gagasan 1 Malaysia, kita digesa supaya menghormati antara satu sama lain dan bersatu padu dalam menangani masalah yang melanda di sekeliling. Anak-anak yang sedang membesar perlu dibimbing sahsianya supaya adat kesopanannya tidak hilang. Kita sebagai ibu bapa dan guru-guru haruslah menjadi role model yang baik kepada anak-anak untuk dicontohi.
Tidak mengapa sekiranya anak kita tidak sepandai Nik Normadihah yang memperoleh 21 A, tidak segagah Datuk Lee Chong Wei yang berjaya menjulang nama Malaysia menakluk England 100 tahun, tidak sehebat Datuk Siti Nurhaliza yang mendapat pengiktirafan antarabangsa. Namun apa yang kita harapkan adalah kemenjadian anak-anak kita sebagai manusia yang bersifat kemanusiaan, sempurna akal fikiran, gagah fizikal dan emosi dan mantap rohani dan intelak. Bukan seperti orang yang berhati binatang galak menindas yang lemah dan bukan seperti orang-orangan yang hanya diam walaupun diinjak-injak. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Lebih tepat lagi, kita sebagai orang dewasa perlu meneliti setiap permasalahan yang berlaku berkaitan perkembangan dan pendidikan anak-anak serta mencari jalan penyelesaian agar kesulitan tidak menjadi kudis bernanah. Kita perlu bersama-sama berganding bahu dalam merealisasikan visi dan misi sekolah iaitu terbaik dalam kalangan terbilang.
Akhir kata sebelum saya mengakhiri bicara ini, saya ingin merakam setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada barisan kepimpinan PIBG, guru-guru, ibu bapa dan seluruh warga SMK Simpang Rengam yang telah memberi komitmen sehingga terlaksananya Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun ini. Semoga sekolah ini mampu menyahut cabaran gagasan 1 Malaysia disamping mengekalkan tradisi kecemerlangan dalam semua bidang. Sebelum saya berundur diri, izinkan saya menyampaikan serangkap dua gurindam,
Jika anak tidak diasuh,
Kelak besar hatinya lusuh.
Jika ibu kurang pro aktif,
Jiwa anak tidak sensitif.
Jika bapa tidak progresif,
Anak-anak sifatnya pasif.
Jika guru berfikiran kreatif,
Anak murid lebih berinovatif.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh : NORZAHRAH MUSTAJAP

Subscribe to:
Posts (Atom)